Wednesday, December 26, 2007

Prosedur Pemeriksaan

PROSEDUR PEMERIKSAAN



-Pemeriksaan akan dilakukan setelah permohonan memenuhi semua syarat yang ditetapkan dan bayaran caj perkhidmatan dilaksanakan.



-Pegawai Pemeriksa
Bagi pemeriksaan ke atas kilang pengeluar produk dan premis makanan, pemeriksaan hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua orang pegawai iaitu;



-Pegawai Hal Ehwal Islam
-Pegawai Teknikal (Pegawai Teknologi Makanan)



Pemeriksaan bagi rumah sembelih pula boleh dilakukan oleh sekurang-kurangnya seorang Pegawai Hal Ehwal Islam dan seorang Pegawai Teknikal.



-Skop Pemeriksaan
Pemeriksaan merangkumi perkara-perkara berikut:



-dokumentasi;
-pemerosesan, pengendalian dan pengedaran produk;
-peralatan, perkakasan, mesin dan bahan bantuan pemerosesan;
-penyimpanan, peragaan dan penyajian produk;
- kebersihan, sanitasi dan keselamatan makanan;
-pembungkusan dan pelabelan; dan
-keseluruhan premis.



- Keperluan Pengeluar Produk
Setiap pengeluar produk yang ingin membuat permohonan hendaklah mengeluar, mengendali, menyedia dan memproses produk halal sahaja iaitu:



-kandungan bahan mentah, bahan terproses atau bahan tambah hendaklah halal. Senarai bahan tersebut hendaklah sama seperti yang telah dinyatakan di dalam borang permohonan;
-persekitaran hendaklah bersih dan pembersihannya mengikut jadual sanitasi yang teratur serta bebas pencemaran;
-susun atur peralatan dan barangan di dalam kilang hendaklah kemas dan rapi serta selamat semasa menjalankan kerja-kerja pengeluaran produk;
-tidak menerima kontrak luar untuk pemerosesan kecuali bagi produk halal sahaja;
-kilang pengeluar produk halal hendaklah berasingan dalam jarak 5 km dari:




i. pusat ternakan babi; dan
ii. loji kumbahan najis.



-bahan pembungkusan hendaklah tidak diperbuat daripada bahan yang dikategorikan sebagai najis oleh Hukum Syarak dan memudaratkan kesihatan;
-pembungkusan juga perlu dikendalikan secara bersih dan dalam keadaan sanitasi yang sempurna;
- setiap bungkusan hendaklah ditanda dengan cara yang mudah dibaca, tahan lama dan dilabelkan dengan maklumat-maklumat berikut:




i. nama dan / atau jenama produk (hendaklah sama seperti yang terdapat di dalam Sijil Pengesahan Halal);



ii. kandungan minima dalam ukuran matrik;



iii. nama dan alamat pengilang dan/atau pengedar dan cap/tanda perdagangan;



iv. senarai bahan ramuan;



v. no. kod menunjukkan tarikh dan / atau nombor kumpulan pengeluaran / tarikh luput; dan



vi. logo halal JAKIM/ JAIN/ MAIN.




-peralatan yang digunakan hendaklah bebas daripada najis mengikut Hukum Syarak, tidak mempunyai sebarang bahan mudarat dan memberi kesan sampingan terhadap produk yang dikeluarkan;
-kawasan kilang hendaklah berpagar atau mengadakan mekanisma pengawalan bagi mencegah binatang sama ada peliharaan atau bukan dari memasuki atau berada di dalam kawasan premis.







-Keperluan Premis Makanan
Keperluan bagi premis makanan yang perlu diberi perhatian untuk tujuan pemeriksaan ialah:



-sumber ramuan yang diragui perlu dibuktikan melalui sijil halal yang dikeluarkan oleh badan Islam yang diiktiraf seperti bahan mentah, bahan terproses atau bahan tambah;
-penyediaan dan pengendalian bagi bahan mentah dan ramuan yang berkaitan hendaklah menepati standard halal, kebersihan dan keselamatan yang dikehendaki;
- ayam/itik dan seumpamanya hendaklah diperolehi daripada pembekal/ rumah sembelih yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal daripada JAKIM/JAIN/MAIN;
-penjualan arak dan seumpamanya tidak dibenarkan;
- peralatan dan perkakasan hendaklah dibersihkan setiap kali sebelum dan selepas digunakan dan hanya untuk memasak makanan halal sahaja;
-susun atur peralatan dan barangan hendaklah kemas, bersih dan selamat;
- setiap pekerja digalakkan mengikuti kursus Pengendali Makanan dan kursus Halal;
- hendaklah mematuhi langkah-langkah keselamatan dan kebersihan yang ditetapkan;
-penyimpanan bahan mentah dan produk siap sama ada sebelum atau selepas memasak hendaklah berada pada tahap yang memuaskan dari segi kebersihan dan keselamatan;
- stor penyimpanan bahan mentah basah atau kering hendaklah berasingan, disusun rapi dan teratur;
- pengangkutan hanya dikhaskan bagi produk Halal sahaja;
- semua yang terlibat dengan pengendalian makanan (bahan, dapur, peralatan, penyimpanan, pembungkusan) mestilah keseluruhannya hanya untuk makanan halal.



-Keperluan Premis Makanan Di Hotel
Keperluan bagi premis makanan di hotel yang perlu diberi perhatian untuk tujuan pemeriksaan ialah:



- secara umumnya hendaklah memenuhi keperluan premis makanan pada perkara 8.4;
- pemeriksaan dan pengesahan hendaklah dibuat bagi dapur hotel sahaja;
- menyediakan dua orang tukang masak muslim yang bekerja sepenuh masa di dapur hotel;
- semua peralatan hendaklah dikhaskan bagi penggunaan ruangan hidangan (dining room) halal sahaja;
- memastikan masakan halal sahaja disediakan di dapur tersebut;
- tidak menggunakan sebarang ramuan atau bahan mentah yang tidak halal dan meragukan bagi kesemua jenis masakan seperti masakan Western Food dan Chinese Food;
- memastikan dapur hotel berasingan daripada dapur yang tidak halal dan tidak boleh berlaku keluar masuk antara dua dapur;
- para pekerja adalah tidak dibenarkan keluar masuk antara dapur halal dan dapur yang tidak halal; dan
- arak dan ramuan berunsur arak tidak dibenarkan sama sekali berada di kawasan dapur halal.



Keperluan Rumah Sembelih

No comments: