Wednesday, December 26, 2007

Proses Pengilangan

Proses Pengilangan IMP

Proses Pengilangan IMP Proses pengilangan terbahagi kepada 3:

1) Pengusaha

2) Situasi Kilang & Bahan Mentah

3) Pekerja

Pengusaha IMP

Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan Halalan Thoyyiba mestilah :

1) Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk

2) Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan

3) Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.

4) Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan dituntut di akhirat kelak.

5) Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.

6) Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba

Situasi Kilang & Bahan Mentah

1) Susunan dalam kilang mengikut syariat

2) Tidak ada muzik

3) Ada Nur bacaan Al-Quran

4) Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP

5) Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan & pekerja 3 kali seminggu

6) Sumber bahan-bahan mentah hendak lah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.

7) Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah. Contohnya: bersih lagi suci iaitu menggunakan air mutlak.

Pekerja

1) Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya (menutup aurat). 2) Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.

3) Mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal.

4) Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.

5) Sentiasa ada air wudhu.

6) Mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.

7) Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.

8) Perempuan yang haid di pindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu ke bahagian lain.

Hikmah IMP

Produk yang mampu merubah diri manusia mestilah datang dari kesucian tangan-tangan yang mengusahakannya iaitu suci rohani dan jasmani. Memadai dengan nur wudhu yang sentiasa ada pada operator dan diiringi dengan bismillah di permulaan bekerja serta doa-doa yang di khususkan, nur tersebut akan melimpah masuk ke dalam produk yang akhirnya kita…..”

Terlepas dari produk yang ragu-ragu dan terlindung dari kemurkaan Allah. Ianya akan menjadikan kita lebih taat akan perintah Allah dan Rasul. Memakan makanan Halalan Thoyyiba InsyAllah akan merubah 4 perkara iaitu pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti.

No comments: